EUR/USD: Pasangan mata wang ini mencatatkan kerugian sebanyak 200 pip pada minggu ini, diniagakan di bawah garis sokongan 1.1750 dan kemudian melonjak naik untuk menguji garis rintangan 1.1800. Garis rintangan juga berkemungkinan akan ditembusi untuk kesinambungan kenaikan harga, tetapi selagi harga tidak diniagakan di atas garis rintangan 1.1900, kecenderungan penurunan harga tidak akan terjejas. Harga boleh bergerak lebih rendah daripada sini.
USD/CHF: Terdapat kecenderungan menaik pada pasangan mata wang USD/CHF. Tahap rintangan 0.9750 telah diuji dan berkemungkinan akan diuji sekali lagi. Apabila harga berjaya menembusi rintangan untuk aliran menaik, rintangan yang selanjutnya pada tahap 0.9800 dan 0.9850 berpotensi untuk diuji.
GBP/USD: Pembetulan penurunan harga yang berterusan yang disaksikan pada minggu ini telah menghasilkan isyarat menurun pada pasangan mata wang GBP/USD. Harga telah diniagakan susut sebanyak 140 pip, dan aliran menurun diramalkan akan menuju ke arah wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.3350, 1.3300, dan 1.3250 (yang berkemungkinan akan dicapai dalam tempoh beberapa hari akan datang).
USD/JPY: Masih terdapat sedikit kenaikan harga pada pasangan USD/JPY (seperti yang dibuktikan oleh Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam pasaran). EMA 11 berada di atas EMA 56, dan RSI 14 berada di atas tahap 50. Selagi dolar AS diniagakan kukuh berbanding Yen, kenaikkan harga yang selanjutnya adalah diramalkan.
EUR/JPY: Berikutan kejatuhan harga yang dilihat pada awal minggu ini, pasangan mata wang EUR/JPY telah diniagakan dalam aliran mendatar sehingga sekarang. Pergerakan mendatar ini mungkin berlanjutan untuk beberapa hari yang akan datang; dan ia akan diikuti dengan kenaikan dalam momentum, yang berpotensi untuk menolak harga lebih tinggi atau lebih rendah.