Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini masih diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap 1.3350-1.3298. Pada hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3298, harga kini bergerak dalam saluran kenaikan harga. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 1.3298, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 78.6%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan pergerakkan kenaikkan harga. Menurut kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan diniagakan di antara tahap 1.3298 dan 1.3655. Oleh yang demikian, sokongan dilihat terletak pada tahap 1.3298, manakala rintangan harian didapati berada pada tahap 1.3655. Oleh itu, pasaran berkemungkinan akan menunjukkan isyarat aliran menaik di sekitar tahap 1.3298. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3298 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3655; dan harga akan bergerak ke arah tahap 1.3886 pada hari-hari yang akan datang. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang GBP/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 1.3655 pada hari ini, maka pasaran diramalkan akan menjunam ke tahap 1.3298.