Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 02 Oktober, 2017

Kami akan mengekalkan prospek terdahulu bagi pasangan mata wang GBP/JPY. Pasangan mata wang ini masih diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Walaupun pasangan mata wang ini menyaksikan pemulihan harga, namun potensi aliran menaik mungkin akan dihadkan oleh rintangan yang terletak pada tahap 151.55. Meskipun kesinambungan pemulihan harga teknikal tidak berlaku, namun pergerakkan harus dihadkan.

Kesimpulanya, selagi harga tidak menembusi pada tahap 151.55, harga berkemungkinan besar akan membuat pembalikan semula harga ke tahap 150.10 dan 149.70.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 151.55 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 151.80.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 151.55, Take Profit: 150.10

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 151.80, 152.25 dan 152.80

Tahap Sokongan: 150.10, 149.70, dan 149.00