EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD sedang melakukan pergerakan menurun. Harga mula bergerak ke arah bawah pada minggu lepas, dan ia telah melakukan pergerakan ke arah bawah pada minggu ini. Pergerakan harga di pasaran selalu menghasilkan peluang untuk jual, dan oleh itu, sasaran harga seterusnya pada garis sokongan pada 1.1700, 1.1650 dan 1.1600.
USD/CHF: Pasangan mata wang ini telah melakukan beberapa lonjakan harga yang tidak menentu sejak tiga minggu lalu. Pergerakan 200 pip ke arah bawah adalah cukup untuk membatalkan kecenderungan kenaikan harga semasa; manakala pergerakan di atas tahap rintangan pada 0.9850 lebih cenderung kepada pengukuhan harga. Beberapa data fundamental dijangka pada hari ini dan mereka mungkin memberi kesan kepada pasaran.
GBP/USD: Pasangan mata wang Gbp melakukan pergerakan ke bawah sekitar 130 pip pada minggu ini,dengan meneruskan pergerakan menurun yang bermula pada minggu lalu. Terdapat corak pengesahan penurunan harga dalam carta 4-jam. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah paras 50. Wilayah pengumpulan di 1.3200, 1.3150 dan 1.3100 mungkin diuji tidak lama lagi.
USD/JPY: Instrumen perdagangan ini dapat mengekalkan kecenderungan kenaikkan harga di pasaran, walaupun pada hakikatnya ia tidak melakukan pergerakan dengan begitu ketara pada minggu ini. Peningkatan momentum dijangka pada minggu ini atau awal minggu depan, dimana ia akan membawa kepada pergerakkan menaik (sekiranya Yen melemah). Terdapat juga kemungkinan pergerakan ke bawah (sekiranya Yen mengukuh).
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah menunjukkan pengukuhan harga pada minggu ini, tanpa sebarang arahan yang jelas. Pengukuhan harga selanjutnya telah membawa kepada kecenderungan neutral di pasaran. Untuk menjadikan kecenderungan neutral berakhir, harga perlu bergerak di atas zon bekalan pada tahap 124.00 atau bergerak di bawah zon permintaan pada tahap 131.00, dengan mewujudkan pergerakan harga.