Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat lantunan semula harga dan menembusi di atas Moving Average (MA) 20 dan 50. Selain itu, MA 50 didapati bergerak ke tahap lebih tinggi. Indeks kekuatan relatif menaik, mendorong kepada kenaikkan harga yang lebih tinggi.
Dolar Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai momentum untuk mana-mana arah sebagaimana pelabur mengambil sikap berhati-hati susulan pencalonan Presiden A.S., Donald Trump untuk kerusi Rizab Persekututan pada minggu-minggu yang akan datang. Para pedagang juga berhati-hati menjelang laporan kerja rasmi September yang dijadualkan pada Jumaat. Indeks Dolar ICE turun ke paras 93.45 berbanding 93.56 pada Selasa.
Kesimpulannya, selagi harga mengukuh di atas tahap 0.9730 untuk melindungi aliran menurun, adalah disyorkan untuk memerhatikan kenaikkan harga baru dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 0.9785 dan 0.9805.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 0.9745, Take Profit: 0.9700
Tahap Rintangan: 0.9785, 0.9805, dan 0.9845
Tahap Sokongan:: 0.9710, 0.9685, dan 0.9625