Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga di atas tahap 147.80. Pasangan mata wang ini mengukuh dengan kuat di atas tahap sokongan paling hampir pada tahap 147.80. Kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50 bergerak lebih tinggi, dan sepatutnya mendorong harga untuk diniagakan lebih tinggi. Selain itu, indeks kekuatan relatif bercampur-campur dengan aliran kenaikan harga.
Dalam perspektif ini, selagi tahap 147.80 melindungi aliran penurunan harga, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mencari kenaikan harga baru ke tahap 148.55 dan 149.00.
Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menambil pesanan menjual di bawah tahap 147.80 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 147.40.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 147.80, Take Profit: 148.55
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 148.558, 149.00 dan 149.55
Tahap Sokongan: 147.40, 146.95, dan 146.10