Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Oktober, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF ini telah menembusi rintangan yang bertukar kepada sokongan yang kuat pada tahap 0.9708. Tahap 0.9708 ini bertepatan dengan nisbah 23.6% Fibonacci, yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap telah terlebih belian (overbought) sebagaimana ia diniagakan di atas 30. RSI masih menyatakan isyarat aliran menaik kerana ia masih mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan diniagakan lebih tinggi dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangkakan akan menunjukkan tanda arah aliran menaik. Dengan kata lain, pesanan membeli dicadangkan di atas tahap 0.9708 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9772. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.9816 dan seterusnya ke tahap 0.9836. Tahap 0.9816 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat dan 'double top' sudah ditetapkan pada tahap 0.9836. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9700, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.