Analisis Teknikal USD/JPY untuk 11 Oktober, 2017

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Walaupun pasangan mata wang ini telah menyaksiakn penarikan semula harga, namun ia masih diniagakan di atas Moving Average (MA) 50 yang menaik. Indeks kekuatan relatif berada di atas tahap neutral 50 dan tidak mempunyai momentum penurunan harga.

Oleh yang demikian, selagi tahap 112.15 bertindak sebagai sokongan, adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan diniagakan lebih tinggi ke tahap 112.55 dan 112.80.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 112.15 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 111.95

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 112.15, Take Profit: 112.55

Tahap Rintangan: 112.55, 112.80 dan 113.15

Tahap Sokongan: 111.95, 111.65, dan 111.35