Analisis GBP/USD untuk 11 Oktober, 2017

Pada baru-baru ini, pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan dalam aliran menurun. Harga dilihat telah menguji tahap 1.3180. Berdasarkan kepada carta 15M, saya mendapati bahawa terdaapt penembusan harag pada saluran menaik 3 hari, yang menandakan bahawa pesanan membeli kelihatan berisiko dan penjual mula beralih ke wilayah pengedaran. Terdapat juga perbezaan penurunan harga yang tersembunyi pada oscilator Moving Average (MA), yang merupakan isyarat untuk penurunan harga seterusnya. Saya mengsyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang jualan berpotensi. Sasaran untuk penurunan harga masing-masing ditetapkan pada harga 1.3130, 1.3100 dan 1.3030.

Tahap Rintangan:

R1: 1.3210

R2: 1.3230

R3: 1.3245

Tahap Sokongan:

S1: 1.3175

S2: 1.3160

S3: 1.3140

Cadangan perdagangan untuk hari ini: Perhatikan peluang jualan yang berpotensi.