Analisis Teknikal USD/CHF untuk 24 Oktober, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF masih diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap 0.9744 dan 0.9800. Oleh itu, tahap 0.9744 dan 0.9800 mewakili sokongan yang kuat pada hari ini. Memandangkan harga kini diniagakan di atas tahap ini, maka pasaran masih dalam arah aliran menaik. Selain itu, harga juga dilihat masih kukuh di atas Moving Average (100). Pasangan mata wang USD/CHF tidak membuat sebarang pergerakkan yang ketara semalam. Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikkan harga di atas tahap sokongan yang dinyatakan. Prospek kenaikkan harga masih sah selagi EMA 100 menuju ke arah yang lebih tinggi. Justeru itu, sokongan yang kuat akan dijumpai terletak di sekitar tahap 0.9744-0.9755 yang menyediakan isyarat jelas untuk para pedagang mengambil pesanan membeli dengan sasaran ditetapkan pada 0.9836. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.9836, maka adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan meningkat dan meneruskan pembangunan aliran menaik ke tahap 0.9920 untuk menguji rintangan harian 2. Juga, perlu diperhatikan bahawa rintangan utama terletak pada tahap 0.9980 di dalam carta 4H. Manakala stop loss harus ditetapkan pada harga 0.9677.