Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Oktober, 2017

zd

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF ini masih diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap sokongan 0.9870- 0.9900. Berdasarkan kepada carta 4H, harga kini berada dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh indikator RSI bahawa pasangan mata wang USD/CHF masih dalam pasaran kenaikkan harga. Sebagaimana harga masih diniagakan di atas Moving Average (MA) (100), sokongan segera dilihat berada pada tahap 0.9836, yang bertepatan dengan nisbah emas (61.8% daripada Fibonacci). Oleh itu, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 0.9836. Pasaran diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik di sekitar tahap 0.9810- 0.9836. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas harga 0.9810- 0.9870 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9892 (titik pangsi).Selain itu, jika harga berjaya menembusi rintangan pertama pada tahap 0.9892. Selain itu, pasangan mata wang ini juga berpotensi untuk melonjak naik mencecah ke tahap rintangan kedua 0.9917 dan 0.9950. Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa rintangan ketiga dilihat berada pada tahap 0.9970. Walau bagaimanapun, ia juga adalah penting untuk mempertimbangkan di mana kedudukan untuk meletakkan pesanan stop loss; ia perlu ditetapkan di bawah sokongan kedua pada tahap 0.9850.