Analisis Emas untuk 08 November, 2017

Baru-baru ini, emas telah diniagakan dalam aliran menaik. Harga dilihat telah menguji tahap $1,282.40. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada carta 15M, saya mendapati bahawa terdapat penolakan harga daripada rintangan pangsi 1 pada tahap $1,280.70, yang merupakan isyarat bahawa pesanan belian kelihatan berisko.Saya juga mendapati terdapat perbezaan (divergence) yang tersembunyi di atas oscilator stokastik, yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Saya mengsyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang jualan yang berpotensi. Sasaran untuk aliran penurunan harga ditetapkan pada tahap $1,270.90 (sokongan pangsi 1) dan pada tahap $1,266.48 (sokongan pangsi 2).

Tahap Rintangan:

R1: $1,280.70

R2: $1,286.24

R3: $1.290.64

Tahap Sokongan:

S1: $1,270.90

S2: $1,266.48

S3: $1,260.85

Cadangan perdagangan untuk hari ini: Perhatikan peluang untuk mengambil pesanan menjual yang berpotensi.