Rumusan Gelombang:
Gelombang II kelihatan telah berakhir pada tahap 1.6614 dan gelombang III kini bersedia untuk membangun. Kami masih memerlukan penembusan harga di atas rintangan kecil pada tahap 1.6813 untuk mengesahkan gambaran ini. Untuk dagangan jangka pendek, kami akan mencari sokongan yang terletak berhampiran pada tahap 1.6690 untuk menghalang aliran penurunan harga sekaligus membolehkan kenaikkan impulsif yang seterusnya ke tahap 1.7216 dan 1.7770 berlaku pada gelombang iii.
Sekalipun tahap rendah 1.6614 ini telah ditembusi sekali lagi, namun pergerakkan penurunan harga harus dihadkan ke tahap 1.6545 untuk melengkapkan gelombang ii.
R3: 1.7216
R2: 1.7059
R1: 1.6831
Pangsi: 1.6690
S1: 1.6614
S2: 1.6545
S3: 1.6518
Cadangan Perdagangan:
Pesanan Stop Loss + reverse pada tahap 1.6770 telah dicapai dengan sedikit keuntungan, iaitu sebanyak 20 pip dan kami kini akan mengambil pesanan membeli EUR pada tahap 1.6770 dan pesanan Stop Loss ditetapkan pada tahap 1.6610.