Indeks USDX memadamkan kenaikkan yang direkodkan semasa sesi dagangan Jumaat dan harga terus diniagakan dalam aliran menurun di bawah SMA 200 pada carta 1H. Sokongan seterusnya terletak pada tahap 93.97, di mana aliran penurunan harga berpotensi untuk mengumpulkan momentum bagi harga meneruskan kesinambungan aliran menurun dalam dagangan jangka pendek. Walau bagaimanapun, sekiranya harga berjaya menembusi di atas Moving Average (MA), adalah diramalkan bahawa harga akan menembusi tahap rintangan 95.14.
Tahap Rintangan Carta 1H: 95.14 / 95.85
Tahap Sokongan Carta 1H: 94.60 / 93.97
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 95.14, Take profit di tahap 95.85 dan stop loss pada tahap 94.47.