Analisis Teknikal GBP/USD untuk 13 November, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Sejak minggu lalu, pasangan mata wang GBP/USD masih diniagakan dalam aliran menaik di atas tahap 1.3017. Tahap sokongan pertama kini dilihat terlek pada tahap 1.3017. Harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga sekarang. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan yang kuat pada tahap 1.3017, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% . Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan aliran kenaikkan harga. Berdasarkan kepada peristiwa yang sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan diniagakan di antara tahap 1.3017 dan 1.3298. Oleh itu, sokongan dilihat terletak pada tahap 1.3017, manakala rintangan harian pada tahap 1.3298. Pasaran berkemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik di sekitar tahap 1.3017. Dalam erti kata lain, tawaran membeli disyorkan di atas zon 1.3017 dengan sasaran pertama pada tahap 1.3298; dan tahap 1.3655 pada hari-hari yang akan datang. Sebaliknya, jika pasangan mata wang GBP/USD ini gagal untuk menembusi tahap rintangan 1.3298 pada hari ini, pasaran diramalkan akan jatuh ke tahap 1.2820 (tahap Penarikan Semula Fibonacci 50%).