Sasaran pertama yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah pon berjaya dicapai. Pasangan mata wang ini sekali lagi diniagakan rendah selepas membuat pemulihan harga jangka pendek, dan harga dilihat telah menembusi di bawah Moving Average (MA) 50. Indeks kekuatan relatif kini menurun, dan berkemungkinan akan mendorong pasangan mata wang ini untuk membuat penurunan harga baru. Akhir sekali, rintangan paling hampir yang terletak pada tahap 0.9980 akan mengekalkan tekanan jualan yang kuat untuk harga.
Selagi tahap 0.9980 berupaya melindungi aliran menaik, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mencari penarikan semula harga baru ke tahap 0.9920 dan 0.9900.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 0.9980, Take Profit: 0.9920
Tahap Rintangan: 1.0000, 1.0020, dan 1.0045
Tahap Sokongan: 0.9920, 0.9900, dan 0.9860