Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 November, 2017

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga dan akan meneruskan pergerakan menaik. Pasangan mata wang ini telah membalikkan arah aliran harga selepas membuat lantunan semula harga yang kuat pada tahap sokongan utama 0.6860 semalam. Pasangan mata wang ini juga menyaksikan kenaikkan di antara Moving Average (MA) 20 dan 50. Selain itu, indeks kekuatan relatif juga meningkat, dan mendorong harga untuk meneruskan dagangan dalam aliran menaik.

Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi tahap 0.6860, adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan meningkat ke tahap 0.6935 dan 0.6955.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 0.6935, 0.6955, dan 0.6975

Tahap Sokongan: 0.6840, 0.6820, dan 0.6790