Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 16 November, 2017

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Pasangan mata wang ini dilihat kukuh di atas sokongan paling hampir pada tahap 148.70, dan harga berpotensi untuk membuat lantunan semula harga baru ke tahap 149.60. Moving Average (MA) 50 masih menuju ke arah atas, dan bertindak sebagai sokongan untuk pasangan mata wang ini. Selain itu, indeks kekuatan relatif kini menaik di atas tahap neutral di 50.

Dalam kes ini, selagi harga tidak menembusi pada tahap 148.70, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kesinambungan kenaikkan harga ke tahap 149.60 dan 150.00.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak dalam arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 148.70 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 148.45.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 148.70, Take Profit: 149.60

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 149.60, 150.00 dan 150.50

Tahap Sokongan: 148.45, 148.10, dan 147.70