Analisis Teknikal USD/CHF untuk 21 November, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF ini berhadapan dengan rintangan kecil pada tahap 0.9910, sementara rintangan yang kuat dilihat berada pada tahap 0.9966. Tahap sokongan masing-masing terletak pada tahap 0.9870 dan 0.9782. Pada hari ini, pasangan mata wang USD/CHF meneruskan dagangan dalam aliran menurun daripada tahap 0.9910. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan jatuh daripada tahap 0.9910 ke sokongan pertama di sekitar tahap 0.9870. Oleh yang demikian, sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.9870, maka adalah diramalkan bahawa tahap ini akan berubah menjadi rintangan pada hari ini. Merujuk kepada carta 4H, 0.9910 diramalkan akan bertindak sebagai tahap rintangan kecil. Oleh itu, kami menjangkakan pasangan mata wang USD/CHF ini akan meneruskan dgaangan dalam aliran menurun daripada tahap 0.9910 menuju ke tahap sasaran 0.9870. Untuk dagangan jangka panjang, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 0.9870, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.9870 untuk mencapai sasaran kedua pada tahap 0.9782. Sementara itu, 0.9782 kekal sebagai zon sokongan yang penting untuk pasangan mata wang ini. Oleh itu, harga berpotensi untuk membuat lantunan semula daripada tahap 0.9782 selagi tahap ini tidak ditembusi. Secara keseluruhannya, kami masih memilih senario kenaikkan harga di atas tahap 0.9870.