Analisis Harian Perak untuk 20 November, 2017

Gambaran Keseluruhan

Harga perak sekali lagi diniagakan turun naik sekitar EMA50, selepas menguji tahap 17.43 pada sesi dagangan sebelumnya. Perak perlu mendapatkan momentum yang mencukupi untuk mendorong harga menembusi tahap yang disebutkan untuk mengesahkan gelombang kenaikan harga yang selanjutnya ke arah tahap 18.30 yang mewakili sasaran utama seterusnya. Secara umumnya, kami kekal pada gambaran positif untuk dagangan jangka pendek kecuali apabila harga menembusi tahap 16.56 dan mengukuh di bawah tahap tersebut, sebagaimana penembusan harga pada tahap ini akan membawa harga mengampiri ke tahap 15.49 sebelum percubaan menaik baru. Julat dagangan yang diramalkan untuk hari ini terletak di antara tahap sokongan 16.75 dan tahap rintangan 17.20.