Gambaran Keseluruhan
Emas kini dilihat memulakan percubaan untuk menembusi tahap 1,281.17, didorong oleh stokastik yang positif pada carta empat jam. Adalah diingatkan bahawa penembusan harga yang disebutkan akan mendorong harga untuk diniagakan ke arah tahap 1.299.20 secara langsung. Secara umumnya, arah aliran menaik akan kekal sah pada hari ini selagi harga mengukuh di atas tahap 1,272.00. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan mendorong harga untuk bergerak menuju ke tahap 1,321.50 sebagai tahap utama yang seterusnya. Julat dagangan yang dijangkakan pada hari ini adalah di antara tahap sokongan 1,272.00 dan tahap rintangan 1,295.00.