EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah bergerak ke arah atas, dengan memperoleh kira-kira 86 pips minggu ini (berikutan pengukuhan harga yang berlaku pada hari Isnin dan Selasa), dan terdapat banyak ruang untuk melakukan pergerakan menaik. Sasaran seterusnya ialah garis rintangan di tahap 1.1850 dan 1.1900. Walau bagaimanapun, tekanan beli yang lebih serius diperlukan untuk garis rintangan pada 1.1900 yang akan ditembusi untuk kenaikan harga.
USD/CHF: Pasaran ini telah meneruskan pergerakan menurun ke ara bawah, kehilangan kira-kira 80 pips pada minggu ini (berikutan cubaan kenaikan harga yang berlaku pada Isnin dan Selasa), dan terdapat banyak ruang untuk pergerakan menurun. Sasaran seterusnya ialah tahap sokongan pada 0.9800 dan 0.9750. Walau bagaimanapun, tekanan jual yang lebih serius diperlukan untuk tahap sokongan pada 0.9750 yang akan ditembusi ke arah bawah.
GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat beberapa usaha kenaikan harga, dan usaha itu telah berhasil. Terdapat Corak Pengesahan Penting dalam carta 4 jam dan kini harga di atas kawasan pengumpulan pada 1.3300, pergerakan harga menuju ke kawasan pengedaran pada tahap 1.3350 (dimana ia akan melebihi minggu ini atau seterusnya).
USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini telah melakukan pergerakan menurun sejak 6 November . Harga telah menurun lebih daripada 330 pips sejak itu - mempunyai pergerakan penurunan harga yang paling mudah pada minggu ini. Harga telah berada di bawah paras bekalan pada tahap 111.50, kini harga sangat hampir pada tahap permintaan pada tahap 111.000, yang akan ditembusi oleh penurunan harga segera.
EUR/JPY: Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang jelas bagi pasangan mata wang EUR/JPY. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50. Pergerakan menurun seterusnya dijangka dari sini. Terdapat kemungkinan harga akan meneruskan pergerakan menurun kerana tiada sebarang berita fundamental yang besar yang boleh 'mengganggu' analisis teknikal.