Gambaran keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik daripada tahap 0.6779 dalam jangka panjang. Perlu diingatkan bahawa sokongan yang ditetapkan pada tahap 0.6779 mewakili bahagian bawah pada carta 4H. Harga berkemungkinan akan membentuk 'double bottom' pada carta masa yang sama. Sehubungan itu, pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan isyarat kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.6880. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6880 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6943 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.6940. Juga, perlu diingatkan bahawa tahap 0.6940 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.6779, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.6632 berkemungkinan besar akan berlaku sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.