Indeks USDX meneruskan dagangan dalam aliran menurun ekoran pengumuman minit mesyuarat FOMC semasa sesi dagangan Rabu. Indeks USDX dilihat sedang menguji tahap rendah dan berpotensi untuk mencapai tahap sokongan 92.84, apabila harga berjaya menembusi di bawah taha[ 93.12. Sekiranya Indeks USDX ini menyaksikan lantunan semula harga pada tahap semasa, maka harga diramalkan akan mencapai SMA 200 pada carta 1H.
Tahap Rintangan Carta 1H: 93.60 / 93.98
Tahap Sokongan Carta 1H: 93.12 / 92.84
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 93.12, take profit pada tahap 92.84 dan stop loss pada tahap 93.41.