Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 November, 2017

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek penurunan harga. Pasangan mata wang ini dilihat masih bergerak ke tahap yang lebih rendah selepas mencatatkan tahap rendah 111.04 Khamis lalu (23 November). Pada masa ini, seperti yang ditunjukkan pada carta 30 minit, hagra disokong oleh kenaikkan Moving Average (MA) 20, yang kekal berada di bawah MA 50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif jatuh di bawah paras neutral 50, menunjukkan kekurangan momentum menaik untuk pasangan mata wang USD/JPY ini.

Sebagaimana prospek urusniaga harian telah beralih kepada penurunan harga, pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan ke tahap 110.80 dengan sokongan utama terletak pada tahap 111.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak dalam arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 111.65 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 111.95.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 111.70, Take Profit: 110.80

Tahap Rintangan: 111.95, 112.40 dan 112.70

Tahap Sokongan: 110.80, 110.65, dan 110.30