Rumusan Gelombang:
Perkiraan pilihan kami masih memihak kepada penurunan harga ke arah sasaran ideal pada tahap 123.43 dalam gelombang (E). Penurunan harga daripada tahap 134.50 hingga ke tahap 131.42 dianggap sebagai gelombang kecil i dan diikuti dengan kenaikkan ke tahap 133.89 sebagai gelombang ii. Gelombang iii kini sedang membangun dan harus membawa harga untuk diniagakan lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 128.91 menuju ke sasaran gelombang ideal (E).
Penembusan harga jangka pendek di bawah sokongan kecil yang terletak pada tahap 132.06 akan menambahkan lagi tekanan kepada aliran menurun, sementara penembusan harga di bawah tahap 131.14 akan mengesahkan penurunan harga ke tahap 128.91.
R3: 133.89
R2: 133.24
R1: 132.72
Pangsi: 132.06
S1: 131.80
S2: 131.61
S3: 131.14
Cadangan Perdagangan:
Kami terlepas peluang untuk menjual EUR dengan hanya 1 pip semalam, kami akan mengambil pesanan menjual EUR sekali lagi sama ada pada tahap 132.45 atau sebaik sahaja harga menembusi di bawah tahap 132.05.