Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 November, 2017

EUR/USD: Selepas menguji garis rintangan pada tahap 1.1950, pasangan mata wang EUR/USD ini telah turun sebanyak 110. Masih terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di pasaran (dan kecenderungan ini tidak boleh diabaikan sehingga garis sokongan pada tahap 1.1750 ditembusi untuk aliran menurun). Sekiranya harga melantun ke arah atas dari sini, itu akan menjadi peluang yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada harga yang lebih baik.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini telah diniagakan kukuh sebanyak 50 pips pada minggu ini; dalam konteks aliran menurun. Pergerakan di atas tahap rintangan 0.9900 akan mencipta kecenderungan menaik baru; manakala penurunan yang serius dari tahap ini akan membantu mengukuhkan prospek penurunan harga baru-baru ini di pasaran. Salah satu daripada dua perkara ini dijangkakan akan berlaku sebelum akhir minggu ini.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan tidak menentu pada Selasa, walau bagaimanapun terdapat sedikit perubahan pada kecenderungan berterusan di pasaran. EMA 11 didapati berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas paras 50. Oleh itu, harga berkemungkinan besar akan bergerak menaik, menembusi wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.3400.

USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini belum membuat pergerakan yang ketara pada minggu ini. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga di pasaran, dan tahap permintaan 111.00 berkemungkinan akan diuji sekali lagi. Walau bagaimanapun, aliran menaik diramalkan akan berlaku sebelum akhir minggu ini.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah jatuh sebanyak 100 pip pada minggu ini, dan ini telah menghasilkan isyarat penurunan harga jangka pendek (apabila harga bergerak di bawah zon bekalan pada tahap 132.00). Zon permintaan pada tahap 131.50 dan 131.00 berkemungkinan besar akan diuji tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, aliran menaik dari sini akan menyebabkan isyarat menurun terbatal atau tidak sah.