Analisis Teknikal USD/CHF untuk 29 November, 2017

Pasnagan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek menaik. Pasangan mata wang ini dilihat sedang menuju ke tahap yang lebih tinggi. Kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50 didapati bergerak naik dan ia perlu mengesahkan tinjauan positif. Selain itu, asas sokongan yang kukuh pada tahap 0.9815 telah terbentuk dan harus membenarkan penstabilan harga.

Menjelang pengumuman laporan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Lembaga Persidangan berkata indeks keyakinan pengguna menyaksikan peningkatan ke paras tinggi 17 tahun 129.5 pada November berbanding bacaan 126.2 yang dilaporkan pada Oktober. Indeks Harga Rumah S&P CoreLogic Case-Shiller National naik 6.2% bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada September, kadar tahunan paling cepat dilaporkan sejak Jun 2014 pada September, lebih tinggi daripada peningkatan tahunan sebanyak 5.9% pada Ogos. Bank Rizab Persekutuan, Richmond berkata indeks aktiviti perkilangan melonjak kepada 30 pada bulan November, paras tertinggi sejak 1993, berbanding skor 12 yang dicatatkan pada bulan Oktober.

Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi tahap 0.9820, harga berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan menaik sehingga mencecah ke tahap 0.9870 dan 0.9900.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9820, Take Profit: 0.9870

Tahap Rintangan: 0.9870, 0.9900, dan 0.9935

Tahap Sokongan: 0.9795, 0.9775, dan 0.9720