Gambaran Keseluruhan
Pasangan mata wang GBP/JPY ini berjaya menguji sokongan utama semalam dengan penurunan harga ke arah tahap 147.35. Susulan daripada pergerakkan harga ketara ini, harga dilihat telah mula membentuk gelombang kenaikan harga yang kuat untuk berakhir pada tahap 149.00. Ini memperkuatkan lagi prospek kenaikkan harga kami. Sila ambil perhatian bahawa kenaikkan stokastik di atas paras 50 akan mengesahkan penguasaan kecenderungan kenaikan harga yang dijangka. Oleh itu, kami akan menunggu tekanan positif baru ke arah tahap 150.00 yang membentuk sasaran menaik pertama. Selain itu, adalah diingatkan bahawa penembusan harga pada halangan ini akan membolehkan harga mencatatkan lebih banyak sasaran yang bermula pada tahap 151.50, dan diikuti oleh tahap 152.85. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap 148.20 dan 150.00