Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 November, 2017

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini kekal menaik di atas sokongan utama pada tahap 0.9820. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Oleh itu, walaupun harga gagal untuk menegukuh, namun kesinambungan pergerakkan harga harus dihadkan.

Berdasarkan kepada laporan ekonomi utama, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 3.3% pada suku tahun ketiga, kadar terpantas sejak suku ketiga tahun 2014, berbanding +3.0% yang dianggarkan sebelum ini dan +3.1% pada suku kedua. Laporan Beige Book dari Rizab Persekutuan menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi berkembang pada kadar "modest to moderate" dalam beberapa minggu kebelakang ini di tengah-tengah isyarat peningkatan harga dan kenaikkan yang berterusan dalam pasaran buruh. Juga, testimoni akhir kepada Kongres, Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen berkata, "Pengembangan ekonomi semakin meluas di seluruh sektor serta merentasi banyak ekonomi global." Sementara itu, Persatuan Realtors Kebangsaan melaporkan bahawa indeks jualan rumah belum siap bagi bulan Oktober naik 3.5% pada bulanan kepada 109.3, berbanding ramalan yang mengunjurkan bacaan + 1.4%.

Selagi tahap harga 0.9820 berupaya melindungi aliran menurun, perhatikan kenaikkan harga baru ke tahap 0.9870 & 0.9900.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9820, Take Profit: 0.9870

Tahap Rintangan: 0.9870, 0.9900, dan 0.9935

Tahap Sokongan: 0.9795, 0.9775, dan 0.9720