Analisis Teknikal NZD/USD untuk 06 Disember, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pergerakkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD kini dihentikan di sekitar tahap $0.6816 dan $0.6944. Tahap 0.6944 mewakili 'double top'. Pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk rintangan kecil pada tahap 0.6895 dan rintangan yang kuat pada tahap 0.6944 sebagaimana harga mewakili rintangan mingguan 1. Oleh itu, rintangan utama dilihat berada pada 0.6944, manakala sokongan segera didapati pada tahap 0.6831. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi di bawah tahap 0.6831, adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini berkemungkinan akan meneruskan pergerakan ke tahap 0.6816 untuk menguji sokongan harian 2. Oleh yang demikian, pasangan mata wang NZD/USD dilihat sedang mencuba untuk menguji tahap rintangan utama dan aliran menaik masih mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menolak harga ke tahap tinggi baru dalam beberapa jam akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD bergerak di antara tahap 0.6940 dan 0.6816. RSI masih memanggil pasaran penurunan harga yang kuat. Harga semasa juga berada di bawah Moving Average (MA) 100. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.6940 dengan menetapkan kedudukan sasaran masing-masing pada tahap 0.6831 dan 0.6816. Walau bagaimanapun, kedudukan pesanan stop loss harus selalu diambil kira; Oleh itu, ia adalah menguntungkan untuk menetapkan pesanan stop loss di atas gelombang kenaikan harga terakhir pada tahap 0.6960