EUR/USD: Isyarat "menjual" telah dinyatakan pada pasangan mata wang EUR/USD; disebabkan oleh pergerakan penurunan harga yang telah disaksikan sejak awal minggu ini. EMA 11 telah melepasi EMA 56 ke arah bawah dan Williams%Range 20 berada di wilayah 'oversold'. Harga dijangkakana akan meneruskan pergerakkan penurunan harga ke garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1750 dan 1.1700.
USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini baru sahaja menghasilkan isyarat kenaikan harga yang jelas, yang telah membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4 jam. Tahap bekalan 0.9900 telah diuji dan ia tidak lama lagi akan ditembusi untuk aliran menaik, terutamanya dalam menghadapi kelemahan yang berterusan pada pasangan mata wang EUR/USD.
GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah diniagakan tidak menentu ke arah bawah sejak awal minggu ini, dan ia telah menjadi ancaman kepada usaha kenaikan harga baru-baru ini di pasaran. Pergerakan harga di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3300 akan menyebabkan percubaan kenaikkan harga terbatal atau tidak sah, sementara pergerakan menaik akan mengukuh.
USD/JPY: Sejak awal minggu ini, selepas tahap bekalan 113.00 diuji, harga bagi pasangan mata wang USD/JPY telah mula mengukuh. Memandangkan prospek penurunan harga di pasaran masih sah, harga dijangkakan akan terus menurun. Beberapa laporan ekonomi asas dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan berpotensi untuk mempengaruhi pasaran.
EUR/JPY: Isyarat penurunan harga yang jelas telah dinyatakan pada pasangan mata wang EUR/JPY. Harga diniagakan lemah untuk 150 pips pada minggu ini, dan kini harga dilihat berada di bawah zon bekalan pada tahap 132.50. Terdapat sasaran penurunan harga pada zon permintaan 132.00, 131.50 dan 131.00, yang sepatutnya diuji sebelum akhir minggu ini.