Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Pasangan mata wang ini jatuh di bawah tahap 112.00 semalam (6 Disember) sebelum menyaksikan lantunan semula harga. Pada masa ini, harga telah mensasarkan ke arah atas Bollinger band, mendorong pasangan mata wang ini untuk meneruskan pergerakkan menaik. Sementara itu, Moving Average (MA) 20 baru sahaja melintasi MA 50, dan indeks kekuatan relatif telah memasuki paras 60-an, sekaligus mengesahkan pembalikan harga ke arah menaik urusniaga harian. Oleh itu, pasangan mata wang ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap rintangan 113.10 dan 113.35. Sokongan utama terletak pada tahap 112.25.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, kedudukan menjual disyorkan di atas bawah tahap 112.25 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 112.00.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 112.25, Take Profit: 113.10
Tahap Rintangan: 113.10, 113.35 dan 113.85
Tahap Sokongan: 112.00, 111.80, dan 111.35