Gambaran Keseluruhan:
Tahap rintangan didapati terletak pada tahap 0.6880 dan 0.6895. Tahap 0.6944 mewakili'double top' pada carta 4H. Juga, perlu diperhatikan bahawa pasangan mata wang NZD/USD telah jatuh di bawah tahap 0.6944 beberapa jam selepas harga menembusi tahap tinggi sepanjang masa pada Disember. Pasangan mata wang ini juga dilihat telah membentuk rintangan kecil pada tahap 0.6895 dan rintangan yang kuat dilihat pada tahap 0.6944 kerana ia mewakili rintangan mingguan 1. Oleh itu, rintangan utama dilihat berada pada tahap 0.6944, manakala sokongan segera terletak pada tahap 0.6831. Sekiranya pasangan mata wang ini menembusi di bawah harga 0.6831, pasangan mata wang NZD/USD berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakan menaik ke arah tahap 0.6816 untuk menguji sokongan harian 2. Oleh itu, pasangan mata wang NZD/USD kini dilihat sedang berusaha untuk menguji tahap rintangan utama bagi memastikan sama ada aliran menaik mempunyai momentum yang mencukupi untuk mendoorng harga bergerak ke tahap tinggi baru dalam beberapa jam yang akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD diniagakan di antara tahap 0.6940 dan 0.6816. RSI masih memanggil pasaran penurunan harga yang kuat. Harga semasa juga berada di bawah Moving Average (MA) 100. Oleh yang demikian, pasaran menjual di bawah tahap 0.6940 dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.6831 dan 0.6816. Walau bagaimanapun, kedudukan pesanan stop loss juga perlu diambil kira; Oleh itu, ia adalah emnguntungkan untuk menetapkan pesanan Stop Loss di atas gelombang menaik akhir pada tahap 0.6963.