Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 Disember, 2017

EUR/USD: Sepanjang minggu lalu, pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan lemah dengan penurunan sebanyak 120 pip, yang membawa kepada Corak Pengesahan Penurunan Harga di dalam pasaran. Meskipun tahap sokongan 1.1750 dan 1.1700 berkemungkinan akan diuji, ia juga diramalkan bahawa akan terdapat rali pada minggu ini, disebabkan oleh penurunan harga pada pasangan mata wang USD/CHF..

USD/CHF: Sepanjang minggu lalu, pasangan mata wang USD/CHF telah diniagakan kukuh dengan kenaikkan sebanyak 160 pip, yang membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam pasaran. Meskipun rintangan yang masing-masing terletak pada tahap 0.9950 dan 1.0000 berkemungkinan akan diuji, pasangan mata wang ini juga diramalkan akan jatuh pada minggu ini, sebagaimana CHF akan mempamerkan stamina yang luar biasa. Mata wang lain juga akan diniagakan lemah berbanding CHF.

GBP/USD: Kecenderungan kenaikkan harga pada pasangan mata wang GBP/USD pada masa ini tidak kukuh, kerana terdapat beberapa serangan penurunan harga di pasaran pada minggu lalu. Untuk membolehkan kecenderungan kenaikkan harga menjadi kuat, harga perlu menembusi wilayah pengedaran pada tahap 1.3550. Pergerakan harga di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3250 akan menghasilkan prospek penurunan harga.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan lemah pada Isnin dan Selasa, dan ia kemudiannya melonjak naik pada Khamis dan Jumaat. Terdapat kecenderungan kenaikkan harga di dalam pasaran, dan tahap bekalan pada 113.50 diramalkan akan ditembusi - walaupun terdapat penarikan semula utama pada akhirnya.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan tidak menentu tanpa arah pergerakkan harga yang jelas (dalam tempoh jangka panjang dan jangka pendek), dan adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menjauhkan diri dari pasaran ini sehingga terdapat penembusan harga di atas zon bekalan 134.50; atau sehingga terdapat penembusan harga di bawah zon permintaan pada tahap 131.50. Ia memerlukan momentum yang besar, dan akan berlaku dalam tempoh kurang dari 14 hari.