Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Disember, 2017

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Walaupun ia menyaksikan penarikan semula harga pada baru-baru ini dari tahap 0.6930 (tahap tinggi 11 Disember), pasangan mata wang ini dilihat masih diniagakan di atas Moving Average (MA) 50 yang menaik, menawarkan sokongan buat pasangan mata wang NZD/USD. Walaupun kesinambungan kenaikkan harga tidak berlaku, namun pergerakkan harga harus dihadkan.

Oleh itu, selagi tahap 0.6895 ini berupaya menghalang aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.6945 dan 0.6965.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI,

Tahap Rintangan: 0.6945, 0.6965, dan 0.700

Tahap Sokongan: 0.6870, 0.6845, dan 0.6800