Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikkan harga di atas tahap 113.15. Pasangan mata wang ini dilihat telah mempunyai sokongan utama pada tahap 113.30. Buat masa ini, pasangan mata wang dilihat telah telah memasuki fasa pengukuhan harga yang bermula dari tahap tinggi 113.75 yang ditandakan semalam (12 Disember). Harga kini diniagakan didagangkan di bawah kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50, dan indeks kekuatan relatif telah kembali di bawah paras neutral 50. Oleh yang demikian, fasa pengukuhan dijangkakan akan dilanjutkan buat smentara waktu.
Walau bagaimanapun, selagi sokongan utama yang terletak pada tahap 113.15 ini tidak ditembusi, prospek urusniaga masih kukuh dan pasangan mata wang USD/JPY berkemungkinan akan menguji semula 113.75 untuk aliran menaik.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan menjual dicadangkan di bawah tahap 113.15 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 112.80.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 113.15, Take Profit: 113.75
Tahap Rintangan: 113.75, 114.00 dan 114.50
Tahap Sokongan: 112.80, 112.55, dan 112.00