EUR/USD: Isyarat penurunan harga pada pasangan mata wang ini masih sah. Harga dilihat telah membuat beberapa penurunan harga pada minggu ini, ia kini diniagakan di bawah garis rintangan pada tahap 1.1750 dan menuju ke garis sokongan 1.1700. Ia adalah merupakan sasaran untuk minggu ini, yang sepatutnya dicapai pada akhirnya.
USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini menyatukan dalam konteks aliran menaik. Walaupun tahap rintangan pada 0.9950 dan 1.0000 berkemungkinan telah diuji, pasangan mata wang ini dijangkakan akan turun pada minggu ini, kerana CHF akan mempamerkan stamina yang luar biasa. Mata wang lain juga diramalkan akan diniagakan lemah berbanding CHF.
GBP/USD: Terdapat isyarat "menjual" pada pasangan mata wang ini. EMA 11 telah berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 telah berada di bawah paras 50. Harga kemungkinan akan melanjutkan pergerakkan penurunan harga, mencapai wilayah pengumpulan yang masing-masing terletak pada tahap 1.3300 dan 1.3250.
USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini diniagakan mendatar dalam konteks aliran menaik. Terdapat kecenderungan kenaikkan harga di pasaran, dan tahap bekalan pada 113.50 dijangkakan akan dicapai - walaupun akan berlaku penarikan harga utama pada akhirnya. Peningkatan momentum bakal berlaku pada bila-bila masa.
EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah diniagakan melemah (setakat minggu ini). Tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50, dan EMA 11 akan melintasi EMA 56 ke arah bawah. Sebaik sahaja zon permintaan yang terletak pada tahap 1320.00 ini berjaya ditembusi untuk aliran penurunan harga (yang memerlukan volatiliti pasaran yang besar), Corak Pengesahan Penurunan Harga akan dinyatakan di pasaran.