Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 19 Disember, 2017

Rumusan Gelombang:

Pasangan mata wang EUR/JPY dilihat kembali menguji garis sokongan kecil yang telah ditembusi, yang kini bertindak sebagai rintangan. Tahap sokongan yang kini bertukar menjadi rintangan, dijangkakan akan meghalang aliran menaik bagi membolehkan harga bergerak lebih rendah ke arah titik pangsi 131.14, yang perlu ditembusi untuk mengesahkan bahawa gelombang (D) telah berakhir pada tahap 134.50 dan gelombang (E) kini sedang berkembang ke arah sasaran ideal yang terletak pada tahap 123.43.

Penembusan jangka pendek di bawah sokongan kecil pada tahap 132.10 akan mengesahkan tekanan penurunan harga ke arah 131.14.

R3: 133.89

R2: 133.76

R1: 133.00

Pangsi: 132.10

S1: 131.70

S2: 131.14

S3: 130.56

Cadangan Perdagangan:

Kami meletakkan pesanan menjual EUR pada tahap 133.40 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 133.80.