Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 19 Disember, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang ini dilihat tidak menyaksikan sebarang pergerakan harga yang jelas pada minggu ini, sebagaimana ia mengukuh dalam dagangan jangka pendek. Peningkatan momentum dijangkakan dan ia kemungkinan besar akan memihak kepada penurunan harga. Adalah diramalkan bahawa harga akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun pada minggu ini kerana harga sedang menuju ke garis sokongan lain yang terletak pada tahap 1.1700.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah menghasilkan isyarat "menjual" jangka pendek. Harga berkemungkinan akan bergerak ke tahap sokongan 0.9850 dan 0.9800. Sementara itu, terdapat rintangan pada tahap 0.9900 dan 0.9950, yang harus menjadi penghalang untuk mana-mana percubaan kenaikan harga. Terdapat juga rintangan kuat pada tahap 1.0000.

GBP/USD: Pasaran ini mengukuh dengan baik, dan tidak ada sebarang kesinambungan pergerakkan harga, pada masa kini. Minggu lalu, pasaran dilihat telah mencapai wilayah pengedaran pada tahap 1.3450 dan wilayah pengumpulan pada tahap 1.3300. Harga diramalkan akan menembusi salah satu daripada sempadan ini pada minggu ini, kerana harga meneruskan pergerakkan yang jelas.

USD/JPY: Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga dalam dagangan jangka pendek (pada pasangan USD/JPY). Pasaran kekal tenang sejak awal minggu ini, sebelum ribut (volatiliti ekstrem). Pasaran diramalkan akan meneruskan pergerakkan menurun untuk menguji tahap permintaan, dan berkemungkinan akan menembusinya.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan tidak menentu dan tanpa sebarang arah pergerakkan harga yang jelas pada carta masa yang lebih besar. Senario ini telah berlaku selama lebih daripada dua bulan dan nampaknya hanya menjadi permulaan, kecuali jika terdapat pergerakan 300-pip ke arah atas atau ke arah bawah, yang akan memperlihatkan kecenderungan arah aliran.