Analisis Teknikal NZD/USD untuk 19 Disember, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Harga kini masih diniagakan di sekitar tahap 0.6948 dan 0.7026. Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.6948. Sokongan didapati terletak pada tahap 0.6948, yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% pada carta 1H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom'. Hari ini, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.6948, sementara rintangan segera pada tahap 0.7026. Sehubungan itu, pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.6948. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6948 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7026 untuk menguji rintangan harian 1. Juga, tahap 0.7026 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia akan membentuk 'double top'. Di tengah-tengah peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran menaik; oleh itu, kami menjangkakan bahawa pasangan maat wang NZD/USD akan melonjak naik dari tahap 0.7026 sehingga mencecah ke tahap 0.7065 pada hari ini. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.6948, kesinambungan aliran menurun ke tahap 0.6820 berkemungkinan besar akan berlaku, sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.