Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 Disember, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Titik pangsi bagi pasangan mata wang USD/CHF dilihat terletak pada harga 0.9921. Harga masih bergerak di sekitar tahap 0.9806 dan 0.9921. Di samping itu, perlu diperhatikan bahawa kecenderungan pasaran kekal pada aliran menaik dalam tempoh jangka pendek dengan ujian harga pada tahap 1.0037 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang USD/CHF melanjutkan pergerakkan menaik dari tahap 0.9806. Minggu lalu, pasangan mata wang ini melonjak naik dari tahap 0.9806 ke bahagian atas di sekitar tahap 0.9921 (pangsi). Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9972, dan diikuti oleh tahap 1.0037, manakala sokongan harian 1 pada tahap 0.9886. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini masih bergerak di antara tahap 0.9886 dan 1.0037. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini gagal untuk menembusi tahap sokongan 0.9886, pasaran diramalkan akan meneruskan aliran menaik sehingga mencecah ke tahap 0.9972. Ini akan mencadangkan pasaran kenaikan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di kawasan positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan menaik sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.0037 dengan mensasarkan untuk menguji 'double top'. Secara ringkasnya, sokongan utama dilihat berada pada tahap 0.9806. Oleh yang demikian, ia adalah menguntungkan untuk menetapkan pesanan membeli di atas tahap 0.9806 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 0.9921 dan 1.0037. Sebaliknya, jika harga menembusi tahap sokongan 0.9803, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.