Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Disember, 2017

Kami akan kekal pada pandangan perdagangan USD/CHF semalam. Pasangan mata wang ini telah ditarik semula dari rintangan utama pada tahap 0.9885 dan menembusi di bawah Moving Average (MA) 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif dilihat berada di bawah paras neutral 50.

Oleh yang demikian, selagi tahap 0.9885 berupaya menghalang aliran menaik, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan penarikan semula harga ke tahap 0.9835. Penembusan harga di bawah tahap ini akan mendorong harga untuk membuat penurunan baru hingga mencecah ke tahap 0.9815.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 0.9885, Take Profit: 0.9835

Tahap Rintangan: 0.9905, 0.9935, dan 0.9975

Tahap Sokongan: 0.9835, 0.9815, dan 0.9795