Analisis Teknikal NZD/USD untuk 21 Disember, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Rintangan bagi pasangan mata wang NZD/USD ditetapkan pada tahap 0.7034. Aliran harga pasangan mata wang NZD/USD ini adalah tidak menentu kerana ia diniagakan dalam saluran mendatar yang sempit, pasaran menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan. Di tengah-tengah peristiwa sebelumnya, harga dilihat masih bergerak di antara tahap 0.6927 dan 0.7034.

Selain itu, rintangan dan sokongan masing-masing dilihat pada tahap 0.6927 dan 0.6872. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan di kawasan harga ini. Oleh itu, kita perlu menunggu sehingga saluran mendatar ini selesai. Minggu lalu, pasaran berpindah dari tahap rendah 0.6927 dan meningkat ke atas tahap 0.7034. Hari ini, dalam carta 1H, kenaikan semasa akan kekal dalam rangka pembetulan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap 0.7034, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan yang kuat pada 0.7034 (tahap 0.7034 bersamaan dengan 'double top'). Oleh kerana tidak ada yang baru dalam pasaran ini, harga masih belum membuat pergerakkan menaik. Pesanan menjual disyorkan di bawah tahap 0.7034 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6927. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan 0.6927, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak lebih rendah sekaligus meneruskan pembangunan arah aliran menurun ke tahap 0.6872 untuk menguji sokongan harian 2. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa 'double bottom' kini dilihat pada tahap 0.6823.