Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 26 Disember, 2017

EUR/USD: Pasaran telah dibuka dengan jurang menaik yang kecil, dan ini menandakan bahawa harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik, sama ada jurang kecil dipenuhi atau tidak. Harga berpotensiuntuk naik kira-kira 100 pips sebelum akhir minggu, dan pergerakan harga tidak dijangka besar. Bulan hadapan - Januari - akan ditandakan dengan volatiliti yang kuat.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF masih belum membuat pergerakan harga yang ketara pada minggu ini. Pasaran dijangka tidak akan membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu ini (kerana volatiliti yang rendah). Oleh itu, harga dijangkakan akan berayun di antara tahap rintangan 0.9950 dan tahap sokongan pada 0.9800 dalam beberapa hari dagangan yang berikutnya. Walau bagaimanapun, penembusan harga diramalkan akan berlaku pada awal Januari.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat tidak membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu lepas, dan dijangka tidak akan membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu ini (kerana volatiliti yang rendah). Oleh yang demikian, harga berkemungkinan besar akan berayun di antara wilayah pengumpulan 1.3250 dan wilayah pengedaran pada tahap 1.3500 dalam beberapa hari dagangan berikutnya. Walau bagaimanapun, penembusan harga diramalkan akan berlaku pada awal Januari.

USD/JPY: Instrumen dagangan ini juga belum membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu ini. Pasangan mata wang ini naik 150 pips pada minggu lepas, menguji zon bekalan yang terletak pada tahap 113.50, dan kemudiannya menutup di bawah tahap tersebut pada Jumaat. Kenaikkan harga di dalam pasaran berkemungkinan akan dikekalkan sehingga akhir tahun ini (walaupun harga berkemungkinan besar tidak akan membuat pergerakkan yang ketara).

EUR/JPY: EUR / JPY: Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga dalam pasaran EUR/JPY; ia juga telah memulakan dagangan dengan jurang kecil minggu ini (dengan kecenderungan yang ada). Harga dijangkakan akan menyaksikan peningkatan pada minggu ini, kenaikkan maksimum 200 pip sebelum hujung minggu. Oleh itu, zon bekalan pada tahap 135.00, 136.00 dan 136.50 berkemungkinan akan dicapai.