Analisis Teknikal NZD/USD untuk 28 Disember, 2017

Sasaran menaik pertama yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah berjaya dicapai. Pasangan mata wang NZD/USD masih diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik. Pasangan mata wang ini diniagakan tinggi di atas sokongan utama pada tahap 0.7050 dan berpotensi untuk menguji rintangan seterusnya yang terletak pada tahap 0.7115. Kenaikkan Moving Average (MA) 50 mengekalkan tekanan membeli yang kukuh terhadap harga. Di samping itu, indeks kekuatan relatif dilihat berada di atas kawasan neutral 50.

Dalam hal ini, selagi tahap 0.7050 berupaya menghalang aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya ke tahap 0.7115 dan 0.7135.

Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 0.7050, 0.7070, dan 0.7100

Tahap Sokongan: 0.6970, 0.6950, dan 0.6920