Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 02 Januari, 2018

Ringkasan gelombang:

Pasangan mata wang EUR/JPY dilihat meneruskan dagangan ke tahap yang lebih tinggi dengan mensasarkan pergerakkan ke arah sasaran ideal untuk gelombang (D) pada tahap 137.37. Sokongan kecil yang terletak pada tahap 134.84 sepatutnya menghalang aliran penurunan harga bagi membolehkan pasangan mata wang ini membuat lonjakan kenaikkan harga yang dijangkakan.

Penembusan harga di bawah sokongan kecil pada tahap 134.84 akan menunjukkan bahawa gelombang (D) telah melemah, manakala penembusan harga di bawah sokongan pada 133.89 akan mengesahkan gelombang (D) telah berakhir dan gelombang (E) ke arah tahap 123.43 sedang membangun.

R3: 136.55

R2: 136.05

R1: 135.75

Pangsi: 134.84

S1: 134.58

S2: 133.89

S3: 133.58

Cadangan Perdagangan:

Kami meletakkan pesanan membeli EUR pada tahap 134.10 dan akan mengerakkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi dari tahap 134.10 kepada 134.75.