Analisis Teknikal NZD/USD untuk 03 Januari, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Seperti yang dijangkakan, pasangan mata wang NZD/USD kini diniagakan dalam aliran menaik di atas zon harga 0.7060/0.7080. Semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah membuat lonjakan menaik dari tahap 0.7062 menghampiri ke tahap 0.7100. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7160, dan diikuti oleh tahap 0.7227, manakala sokongan harian 1 terletak pada tahap 0.7062. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD masih diniagakan di antara tahap 0.7050 dan 0.7160. Selain itu, jika harga berjaya melepasi tahap rintangan pertama pada 0.7160, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan menaik sehingga menembusi di atas (0.7227) untuk mengujinya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7100 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7160 untuk menguji rintangan harian 1 dan diikuti tahap 0.7227. Penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7227 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia diramalkan akan membentuk 'double top' yang baru pada carta 4H. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD menembusi tahap sokongan 0.7062, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.6978 berkemungkinan besar akan berlaku, sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga. Kesimpulannya, kami masih mencari pasaran kenaikan harga yang kuat selagi harga kekal ditetapkan di atas tahap 0.7060.