Analisis Harian Emas untuk 04 Januari, 2018

Gambaran keseluruhan

Emas menyaksikan lantunan harga yang jelas selepas menyentuh rintangan utama pada tahap 1,321.49 yang dalam perjalanan untuk menguji asas sokongan utama pada tahap 1,299.20. Stokastik menghampiri kawasan 'oversold'. EMA50 menemui sokongan yang disebutkan untuk mendapatkan meomentum. Oleh itu, faktor-faktor ini menyokong jangkaan kami untuk aliran menaik dalam sesi dagangan akan datang. Penembusan harga pada tahap 1,321.49 akan mendorong harga untuk meneruskan aliran menaik sehingg mencecah ke tahap 1,357.53 sebagai stesen utama seterusnya, manakala penembusan harga pada tahap 1,299.20 mewakili faktor negatif yang akan menolak harga untuk menguji tahap 1,281.17 pada awalnya sebelum membuat sebarang aliran menaik yang baru. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 1,295.00 dan rintangan 1,320.00.