Analisis Harian GBP/JPY untuk 04 Januari, 2018

Gambaran keseluruhan

Pasangan mata wang GBP/JPY tidak menunjukkan sebarang pergerakkan harga yang ketara sehingga saat ini sebagaimana ia berakhir di bawah tahap 152.85, terus menghalang percubaan aliran menaik. Oleh yang demikian, harga diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran mendatar sehingga terdapat penembusan harga yang akan mengesahkan lebih banyak rali yang mensasarkan ke tahap 154.45, dan diikuti oleh tahap 155.90. Kami mengingatkan kepada para pedagang bahawa kegagalan pasangan mata wang ini ntuk membuat penembusan harga akan membuka jalan untuk harga diniagakan dalam aliran menurun, yang akan mensasarkan pergerakkan lebih rendah ke tahap 151.5, dan diikuti oleh tahap 150.00 dan menghampiri Moving Average (MA) 55. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap 151.50 dan 154.45.